09 April 2013

Senandung Imam Syafie





Biarkanlah hari-hari itu berlalu dengan segala peristiwa 
Dan sejahterakanlah jiwamu apabila Qadar memanstikannya 
Jangan kau gelisah dengan kejadian-2 sepanjang masa
Kerana peristiwa-2 dunia tidak akan kekal selamanya
Jadilah kau lelaki kesateria dalam segala peristiwa 
Dengan berlapang dada dan bermurah hati, hiasi lah dirimu
Duka dan suka tak kekal selamanya 
Sengsara dan sejahteraan juga tidak kekal selamanya 
Rezekimu tidak lari kerana berlambat-lamabat
Ia juga tidak bertambah kerana berlelah-lelah 
Apabila engkau berhati pasrah
Samalah kau dengan pemilik dunia 


No comments:

Post a Comment