23 June 2014

Erti Seorang Sahabat :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pernah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan.  Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama.  Alangkah beruntungnya kita andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita.  Seorang teman yang hanya mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat.
Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk  mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita.  Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk menjadi teman sejati kepada mereka.  Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, di manakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka.  Kadang-kadang kita asyik bercerita tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.  Persahabatan sering dihiasi dengan cubaan. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya.
Bagaimana untuk mencipta keindahan bersahabat?  Ada dua perkara yang diperlukan iaitu; pertama, rasa mencintai sahabatnya sehingga tidak rela melihat sahabatnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik.  Kedua, adalah lapang dada, iaitu sentiasa terbuka untuk menerima dan mendengar nasihat seorang sahabat.  Seorang sahabat sentiasa memberi penghargaan kepada teman yang sentiasa menegur dan mengingatkan kita.  Sebagai sahabat hindarilah sifat orang-orang yang sombong, mudah rasa tersinggung, kecewa, dan dendam di saat ada seorang sahabat yang mengingatkan kita.  Hati yang tulus hanya akan melihat kebenaran dan kebaikan, manakala hati yang sombong amat sukar untuk menerima kebenaran biar sebaik apa pun kebenarannya atau sehebat manapun penyampainya.
Dalam menjalin persahabatan, pupuklah semangat saling menghargai dan kejujuran kerana sahabat yang paling baik adalah sahabat yang suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari kita.  Mereka tidak pernah memburukkan sahabatnya di belakang mereka akan tetapi akan sentiasa cuba memperbaiki kelemahan sahabatnya. Mereka malah akan sentiasa memuliakan sahabatnya.
Keikhlasan dalam persahabatan pula akan membina kesegaran pada jiwa dan akan memberi kita kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalin persahabatan.  Wujudnya sifat tidak ikhlas dalam persahabatan hanya akan merosakkan jiwa dan mengundang rasa dendam.  Lakukan sesuatu dengan ikhlas bukan atas sebab lain, kerana ada sesetengah orang memilih sahabat kerana ingin mendapat manfaat daripada persahabatan itu dan bukannya atas dasar keikhlasan.  Sekiranya kita ikhlas, maka akan terpancarlah kebersihan hati dari wajah kita.
Pada hari ini marilah kita saling mengukuhkan kembali ikatan persahabatan, pada hari ini marilah kita merungkaikan segala kekusutan, pada hari ini marilah kita saling memaafkan.
“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”
- Saidina Ali
Salam persahabatan.




Konvo day..

assalamualaikum wbt.. :D

Alhamdulillah. Setelah lama tidak berblog. :D terlalu lama kan :) Tiba-tiba hati aku terasa rindu. Rindu untuk menulis. Rindu untuk berkongsikan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku ada :)

dalam kehidupan seorang anak apatah lagi yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa sesungguhnya pencapaian dalam bidang akademik merupakan antara impian yang ingin dicapai

apatah lagi bagi ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk menyekolahkan anak2 mereka sehingga lah ke menara gading. graduasi atau konvokesyen anak2 ini lah merupakan saat yang sangat membanggakan…

syukur alhamdulillah… pada 21.11.2013 yang lalu aku sudah selamat bergraduasi dan menerima segulung Diploma yang selama ini tidak aku sangka kan.. dulu masa sekolah menengah aku bukanlah pelajar cemerlang yang setiap tahun akan menaiki pentas semasa majlis anugerah pelajar cemerlang… aku juga bukanlah pelajar yang selalu mendapat tempat top 3, top 5, top 10 malahan top15 pun tidak tercapai.. masa sekolah menengah dulu PMR aku cuma berjaya mendapat 2A manakalah masa SPM aku cuma berjaya dapat 1A… even parents aku juga tidak melihat aku sebagai anak yang akan menjejakkan kaki di menara gading.. setelah tamat spm aku sambung study tapi dalam sijil perniagaan dan setiuasaha selepas 6 bulan kemudian aku da dapat sijil untuk teruskan lagi sambung study dalam Diploma Teknologi Media dimalaka..

lepas tu aku hayung lagi kaki ke menara gading… rasa masa tu macam tidak percaya… selalu jua parents aku cakap diaorang pon tidak sangka aku nih akan sampai tahap ini… syukurlah dengan doa dan pengorbanan parents aku dan usaha aku akhirnya Diploma Teknologi Media dapat juga aku genggam… akhirnya dapat juga aku buat parents aku bangga dengan diri aku yang tidak seberapa nih…
kejayaan itu paling manis bila kita kongsi dengan orang yang kita sayang… syukur lagi sekali bila aku menikmati kejayaan ini dengan keluarga dan orang yang aku sayang..


parents aku selepas menerima Diploma

syurga dunia akhirat aku.. love u mom :) 

MyHero love u ayah :) 

tak terlepas juga nenek-2 kesayang aku :) 

Muka Gembira selepas menerima hadiah dari myfamily yang tercinta :)

kawan susah senang bersama 3 tahun sentiasa bersama dalam suka dan duka :)

syukur semua yang dirancang berjalan lancar… syukur juga Allah SWT beri kesempatan untuk aku bersama famili aku dan orang yang aku sayang di hari bahagia nih… 

rasanya tu saja yang dapat aku kongsikan dengan korang pasal konvokesyen aku nih… jumpa lagi dalam post seterusnya…
wassalam….


10 February 2014

IBU JANGAN BUANG AKU

Ibu . .Aku menangis berselimut waktu,
Ketika tiada kurasa dekapan indahmu.
Aku tak mengerti tatapanmu saat itu,
Yang kurasa hanya damai didekapmu..

Namun Mengapa Ibu ?
Mengapa senyummu semakin menjauh,
Ketika engkau letakkan aku diujung jalan itu.
Aku tak mengerti ibu,
Salahkah aku didekapmu ? ?
Aku tak faham ibu,
Makhluk jahat apa yang rasuki engkau ketika itu,
Hingga tega tinggalkan aku dan tangisku.

Ibu . .
Taukah engkau saat ini kurindukan dirimu ? ?
Dimanakah senyum yang didapat oleh anak-anak sebayaku ? ?
Apakah aku tak pantas berada didekatmu ? ?
Merasakan sentuhan Nyata dari tiap tetes Jiwamu ? ?

Ibu . .
Dengarlah Rintihan rinduku . .
Walau aku tak sempat mengingat wajah indahmu . .
Aku bahagia,
Tuhan telah izinkan aku lahir dari rahim Surgamu . .

Ibu . .
Walau aku tak sempat bahagikan engkau dengan nafasku,
Izinkan Aku bahagiakan Engkau dengan Irama Doaku.
Dimanapun engkau saat ini . .
Dengarlah irama syahduku . .
Tetesan jiwa seorang anak yang takkan henti merindukanmu .



15 May 2013

izinkan aku terus menyimpan perasaan sayang ini untuk selamanya ♥

 dan 3 bulan kami tidak bersama, masing-2 membawa haluan 

masing-2 tapi saya masih menyanyinya, keadaan yang membuatkan 

kami tak bersama. saya redho dengan apaw yang terjadi, awak 

masih tetap terbaik di dalam hati aku :) 

tiada siapa yang boleh mengubah itu, termasuk lah saya 

saya bole tipu semua orang termasuk lah awak, blogger twitter 

facebook saya yang saya bahagia. tapi maaf kalau semua itu 

membuatkan awak tak percaya saya lagi,saya sengaja mengaburi

mata orang sekelilingi saya, tapi mata dan hati saya tak boleh tipu, 

saya pendam pendam dan pendam dan akhirnya jatuh juga air mata 

saya depan kawan-2 saya selama ini, air mata yang cuba saya 

tahankan akhirnya keluar juga :'( .. saya sayang awak macam 5 

tahun lepas lagi, sayang awak tetap sama macam dulu sampai 

sekarang, event kita tak pernah contact sekali pun sekarang , setiap 

malam saya tengok gambar-2 awak sampai menitis air mata ini, :'( 

terima kasih kerana mengizinkan saya hadir dalam hidup awak 

selama ini dan stay dengan awak. terima kasih kerana mengajar

saya tentang perasaan sayang, terima kasih awak 

































































































































































































09 April 2013

Senandung Imam Syafie





Biarkanlah hari-hari itu berlalu dengan segala peristiwa 
Dan sejahterakanlah jiwamu apabila Qadar memanstikannya 
Jangan kau gelisah dengan kejadian-2 sepanjang masa
Kerana peristiwa-2 dunia tidak akan kekal selamanya
Jadilah kau lelaki kesateria dalam segala peristiwa 
Dengan berlapang dada dan bermurah hati, hiasi lah dirimu
Duka dan suka tak kekal selamanya 
Sengsara dan sejahteraan juga tidak kekal selamanya 
Rezekimu tidak lari kerana berlambat-lamabat
Ia juga tidak bertambah kerana berlelah-lelah 
Apabila engkau berhati pasrah
Samalah kau dengan pemilik dunia 


20 March 2013

Putih-2 Melati lailailaila

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima