23 June 2014

Konvo day..

assalamualaikum wbt.. :D

Alhamdulillah. Setelah lama tidak berblog. :D terlalu lama kan :) Tiba-tiba hati aku terasa rindu. Rindu untuk menulis. Rindu untuk berkongsikan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku ada :)

dalam kehidupan seorang anak apatah lagi yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa sesungguhnya pencapaian dalam bidang akademik merupakan antara impian yang ingin dicapai

apatah lagi bagi ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk menyekolahkan anak2 mereka sehingga lah ke menara gading. graduasi atau konvokesyen anak2 ini lah merupakan saat yang sangat membanggakan…

syukur alhamdulillah… pada 21.11.2013 yang lalu aku sudah selamat bergraduasi dan menerima segulung Diploma yang selama ini tidak aku sangka kan.. dulu masa sekolah menengah aku bukanlah pelajar cemerlang yang setiap tahun akan menaiki pentas semasa majlis anugerah pelajar cemerlang… aku juga bukanlah pelajar yang selalu mendapat tempat top 3, top 5, top 10 malahan top15 pun tidak tercapai.. masa sekolah menengah dulu PMR aku cuma berjaya mendapat 2A manakalah masa SPM aku cuma berjaya dapat 1A… even parents aku juga tidak melihat aku sebagai anak yang akan menjejakkan kaki di menara gading.. setelah tamat spm aku sambung study tapi dalam sijil perniagaan dan setiuasaha selepas 6 bulan kemudian aku da dapat sijil untuk teruskan lagi sambung study dalam Diploma Teknologi Media dimalaka..

lepas tu aku hayung lagi kaki ke menara gading… rasa masa tu macam tidak percaya… selalu jua parents aku cakap diaorang pon tidak sangka aku nih akan sampai tahap ini… syukurlah dengan doa dan pengorbanan parents aku dan usaha aku akhirnya Diploma Teknologi Media dapat juga aku genggam… akhirnya dapat juga aku buat parents aku bangga dengan diri aku yang tidak seberapa nih…
kejayaan itu paling manis bila kita kongsi dengan orang yang kita sayang… syukur lagi sekali bila aku menikmati kejayaan ini dengan keluarga dan orang yang aku sayang..


parents aku selepas menerima Diploma

syurga dunia akhirat aku.. love u mom :) 

MyHero love u ayah :) 

tak terlepas juga nenek-2 kesayang aku :) 

Muka Gembira selepas menerima hadiah dari myfamily yang tercinta :)

kawan susah senang bersama 3 tahun sentiasa bersama dalam suka dan duka :)

syukur semua yang dirancang berjalan lancar… syukur juga Allah SWT beri kesempatan untuk aku bersama famili aku dan orang yang aku sayang di hari bahagia nih… 

rasanya tu saja yang dapat aku kongsikan dengan korang pasal konvokesyen aku nih… jumpa lagi dalam post seterusnya…
wassalam….


No comments:

Post a Comment