28 June 2012

KERANA IBUKU :)

ku lihat dari sebuah kehidupanku :) <3

kata Emak..
aku harus bersekolah 
supaya boleh membaca dan menulis sejarah
sehingga kelak mudah untuk mencari pekerjaan
tidak seperti dia, ketika sudah tua dan tidak bertenaga, tak ada lagi tempat kerja
terpakse mengais sampah

Emak...
bagaimana aku harus bersekolah
untuk makan sahaja kita susah
sampai disekolah sahaja semua menjauh kerana baju ku yang lusuh
tubuhku berkeringat kata mereka beraroma sampah
Emak, aku malu !!! 

AnakKU...
jika kau tidak bersekolah 
seumur hidup kita nasib tidak akan berubah
selamanya takdir kita akan dibawah
orang akan menganggap kita rendah

Emak..
aku juga ingin sekolah
tak perlu sekolah yang mewah dan mahal
kita tak mampu untuk membayarnya dengan keinginan saja
aku perlukan sekolah supaya boleh mengenal dua puluh enam abjad dan juga angka-angka
supaya kelak dapat membaca masa depan dan menghitung kenangan

AnakKu..
walau kita tidak mampu 
emak tidak ingin kau tidak bersekolah 
apapun, emak tidak ingin kau berserah

Emak..
tak mengapa
sekolah boleh dimana sahaja'
emak adalah guru utama
dimana aku tahu banyak petua
setiap tempat adalah sekolah
dimana aku bisa mepetik pelajaran
dalam kesukaran aku belajar matematik
dalam kebaikan orang aku belajar agama
dalam alam aku mengenal alam

AnakKu..
dimatamu aku lihat segala ilmu
tak perna aku bayangkan, ada sekolah megah berdiri dihatimu
ada sejarah kukuh dipemiliranmu
ada keikhlasan kulihat dari perbuatanmu
dan rasa syukur hidup dalam hari-2mu..

Emak..
aku belajar darimu
meski tidak bersekolah tinggi
kau tahu makna balas budi 
kau paham budi perkerti
Emak..
tak lagi kita perlu risau
ilmu yang paling penting kita sudah meiliki
biarkan kenyataan dengan caranya terus menimpa kita sampai kita lulus sarjana 
kehidupan... 

MY MOM.. I LOVE MY MOM.. JASAMU TIDAK DAPAT KU LUPAKAN, TANPA MY MOM SAPA AKU DI DUNIA.. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENDIDIKKU SAMPAI AKU BERADA SEKARANG.. :) <3

No comments:

Post a Comment