17 March 2013

Cinta itu sebenarnya AWESOME!! :)

assalamualaikum dan salam ahad :-p 

Alhamdulillah. Setelah lama tidak berblog. poyo je lama lah sangat kan hahaha :-p, Tiba-tiba hati aku terasa rindu. Rindu untuk menulis. Rindu untuk berkongsikan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku ada :)

Hari ini ni aku nak bercerita sedikit mengenai CINTA. Eceh-2 senyum sampai ke telinga nampak. Hehe..

Okay. Seperti yang kita tahu CINTA ini subjektif. Macam-macam tanggapan orang mengenai CINTA ini sendiri. Hah! Sebelum tu aku nak tanya. Agak-agak lah kan. Kepada siapakah CINTA teragung kita. Cepat-2. Pop kuiz ni. Ala aku sure punya semua tau kan.. kan... 
Tidak boleh tidak mestilah CINTA kepada Allah SWT.  Tanpa CINTA Allah siapalah kitakan.. aku nak ingatkan diri dan jugak sahabat-sahabat, walau apa yang kita buat letak kan Allah pada tempat yang tertinggi. Dan yakinlah bila kita MENCINTAI Allah melebihi segalanya, PASTI Allah akan membalas CINTA kita itu.

HAH!! Sekarang ni aku nak kongsi sikit mengenai CINTA insani. 
aku yakin dan percaya kita sebagai insan biasa akan ada rasa ingin MENCINTAI dan DICINTAI. Hal ini kerana CINTA itu sebenarnya FITRAH insan seperti kita. Sebelum kita MENCINTAI,  aku nak ingatkan tanyalah pada diri kenapa kita MENCINTAI si Dia?
Jika jawapan kita kerana rupanya yang rupawan, lupakanlah kerana kita pasti akan tua.
Jika jawapan kita kerana hartanya yang melimpah ruah, buangkanlah kerana harta itu pasti akan habis.

Wujud ke percintaan sebelum nikah?

aku suka membaca jawapan daripada seorang penulis novel Islamik iaitu saudara HILAL ASYRAF. 
CINTA sebelum nikah itu wujud. Persoalannya bagaimana?
CINTA sebelum nikah itu adalah PERSEDIAAN kita untuk menghadapi alam rumah tangga.
PERSEDIAAN dari segi apa?
-KEWANGAN
-ILMU
-MENTAL
-FIZIKAL

Bagaimana pula cinta selepas nikah?

Cinta selepas nikah itu adalah lebih baik. Maksud Cinta selepas nikah ini bukan bermakna kita tidak mengenali pasangan kita.
TAPI! Kita menjaga segalanya. Suka aku nak nasihatkan. Tidak perlulah kita berbalas message benda yang sia-sia. Tidak perlulah kita berbual benda yang tiada faedah.Tidak perlulah kita berjumpa jika tiada keperluan. Hal ini kerana, SYAITAN itu licik. Macam-2 diorang plan untuk kita berbuat dosa. Dalam ALQURAN sendiri berpesan:
JANGAN MENDEKATI ZINA
Allah pesan jangan mendekati. So kita berfikirlah yang terbaik.


Ayat yang aku sangat suka daripada saudara HILAL ASYRAF:
Kalau benar CINTA, kita hendak bersamanya sampai SYURGA..

Ayuh kita menyempurnakan cinta Allah terlebih dahulu. Barulah kita mengejar CINTA INSANI.


No comments:

Post a Comment