15 March 2013

Untukmu Sayang :)


Sesekali aku teringin melihatmu
memandang padaku dan senyum
ingin kutatap sinar cinta di bening matamu
meraih tanganku…menggenggam kemas
takkan kaulepas lagi
lalu berbisik…’Sayang, kaulah ratu hatiku….’

Seringkali jua daku terbayang
mahligai impian kita berdua
walau hanya berdinding kayu
walau sekadar atap rumbia
aku akan tetap bahagia
kerana dirimu sentiasa setia hadir
menemaniku di sisi.

Titipan rindu ini buatmu
di angin lalu kusampaikan pesanan
salam penuh kasih dan sayang
buatmu yang sentiasa terpahat di relung ingatan
usahlah dikau ragu…kasihku
janganlah bimbang…sayang
aku di sini jua sepertimu
memendam rasa rindu…mengidam saat pertemuan
tika dua hati menjadi satu
ketentuan takdirNya…kita akan pasti menyatu.

:)

No comments:

Post a Comment