11 March 2013

bercuty sempena mybefday :) with kawan-2 ku :)

8-10 Mac 2013 :)

bercuty bersama kawan-2 ku :) jum tengok jum :)
kuala lumpur ---> gambang ---> kuantan --- kemaman ---> terengganu :) 


datang-2 terus lepak kat teluk cempedak taim nie pukul 3 pagi hehe :)

tengah berbincang nak g mana nie, hehehe.. awal sangat sampai hehe :-p 

welcome to gambang water park :) 

yeyeye akhirnya kami sampai juga hehe :-p

ini lah geng-2 kami semua :) 

oossppp nie lah semuanya kat atas tu salah sebab seorang takde :-p hahaha

bersama adikku :) 

water park :)

yess kami da masuk dalam water park :)

heeeee :) 

siap-2 nak mandi :) huhu 

jum mandi jum :) :-p

peace :) :-p

macam nie lah keadaanya bila semua da penat hakhaka :-p


otw buat bbq --> teluk cempedak mari haha :-p

haha bbq :)

bersantai sementara menunggu bbq siap haha :-p

muka kepenatan haha :-p
borong keropok terengganu :-p 

borong jangan tak borong hahaha :-p
sesi pembayar 100 lebih sebab banyak sangat boromg keropok.. kete pun da xmuat hahaha :-p
:-p

melantak di mcd genting sempah :-p

07 March 2013

LUAHAN HATI PARAJURIT


ORG AWAM.
Kami bekerja waktu pejabat.
jika rajin buat overtime.
gaji kami besar.
cuma perlu beri komitmen terbaik.
kami sentiasa bersama keluarga.
hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA.
Kami bekerja 24 jam sehari.
kalau malas baru kami dapat lelap ayam.
gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan.
waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan.
tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami,korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami.
sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.
badan kami utk negara,makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.
pakaian kami x perlukan jenama.APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT!
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.
mm,betul ke aman?
aman bagi rakyat.
tapi bagi kami,kami sentiasa berperang.
mental kami sentiasa diuji.

=
=

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer,askar buat apa?

TENTERA.
Kami tiada belas.
ikotkan jiwa kami cincang penceroboh negara.
tapi kami penuh disiplin.
strategi kami demi rakyat yg x berdosa.
bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

=
=

ORG AWAM.
Alahhhh..polis kita dah mati.askar jalankanlah tugas.

TENTERA.
Malaysia negara diplomatik.
Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama.
memang polis dah ada yang mati.
tapi kalau tentera masuk campur.peperangn akan berlaku.
bukan sahaja polis, malah org awam turut akn terkorban.

=
=

ORG AWAM.
Sudahlah.
kerajaan lembab.
tentera malas,kami rakyat ketakutan.

TENTERA.
Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami,mental kami,hidup kami dan harta kami utk negara.
tapi kami tetap setia kepada negara.
nantikan arahan dan kami akan bertindak.
tindakan kami ada strategi.
polis pon hebat cuma mereka x dberi kuasa oleh undang2.
rakyat bersuara,kami terima,arahan diberi,kami mara.
kerana Malaysia, kita yang punya.



TanahairKU kau cerobohi !!!

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar, 
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas, 
Kuala Lumpur 
5 Mac 2013


06 March 2013

ALLAH MENGUJI KITA


bagaimana kehidupan sekarang?
adakah berjalan dengan sempurna tanpa ujian?
Alhamdulillah jika ya.
tapi bagi saya tidak sama sekali.
semakin hari, semakin banyak pula ujian mendatang,
ya, hati sudah pasti sedih.
kadang-kadang terasa tiada siapa sudi mendengar luahan hati kita kan.
walaupun sesungguhnya kita tahu kita ada Yang Maha Esa.
yang sentiasa mengingati kita, merindui kita
tak kala kita susah atau senang.
tapi kita yang selalu melupakannya.
dikala sedih baru terkejar-kejar nak memohon kepadanya.
nauzubillah.
hidup ini terlalu banyak leka dengan duniawi yang kita tak pernah sedar akhirat sentiasa dekat dengan kita.
bila kita di atas kita selalu rasa bahagia, gembira, selesa
tak salah sebenarnya bahagia.
mungkin ia menjadi inspirasi buat kita,
membuat kita tersenyum sentiasa.
tapi lain pula bagi yang merasakan diri selalu berada dibawah,
merasakan diri sangat malang
tak bernasib baik,
sebenarnya itulah yang akan menjadi kekuatan buat diri kita
untuk bangkit dari kejatuhan, kegagalan tersebut.
inshallah.
anda. anda. anda sekalian.
dan saya akan diberi kekuatan yang tak pernah kita jangka akan menjadi sekuat itu :)



05 March 2013

Kami BerBEza :)

                                                             ASSALAMUALAIKUM  :)

Hay lama tak update blogger aku nie, da berhabuk rupanya.. hehehe :-p nak lap lah jab hahaha.. :-p ape khabar semua sihat-2 semua.. aku pun sihat juga, (korang mesti cakap tak tanya pun ko sihat kew tak ) hahaha tapi tetap nak bagitahu yang aku sihat walafiat dan masih bernyawa di muka bumi nie.. soey lama sangat aku tak menjenguk blogger aku nie.. hehe.. :-p harini aku nak share somthing dengan u all hahaha bergosip jab hahaha :-p 

Mendengar perbualan orang lain merupakan salah satu aktiviti tidak formal aku sejak beberapa bulan kebelakangan nie.. HAHAHA !! :-p nampak benar nipunya kan ? :-p iyelah.. sejak lahir lagi inilah aktiviti tidak formal aku, :-p . baru-baru nie adalah terdengar sayap-2 suara seorang lelaki tu bertanya ?? 

" kenapa kaum perempuan ini suka ada kumpulan sendiri, tak campur dengan semua jeee.. tak macam kami semua orang kami lelaki bole masuk. kalau perempuan nie, dengan sestengah orang je diorang bersembang, kenapa hah !! aku pelik lah dengan perempuan nie.

Wohoooo !!! kepada kaum HAWA, mesti ada yang tersenyum dengan penuh maknakan sekarang nie ?
hah !! ape pendapat korang, kenapa ini semua harus terjadi ? :-p hehehehe.. okey lah bagi akulah kan, perempuan adalah perempuan dan lelaki adalah lelaki. were totally diferrent ! lelaki memang dengan semua dia akan sembang, even dengan orang yang dia tak suka pun dia akan bersembang.


Mengeikut dari pemerhatian yang telah dibuat selama aku hidup nie..ehemmm.. para perempuan ini pula jenis yang sukar menyembunyikan perasaan mereka dan perempuan nie jenis yang jujur, kalau diorang tak suka seseorang tu atau tidak sekepala dengan seseorang tu, buat nak berborak atau berbuat baik ? berbeza pulak dengan lelaki !! 

Hal ini bole disamakan dengan kita berjumpa dengan seseorang yang pernah menjadi hati kita kepada ex BF/GF kita. sesiapapun akan merasa sakit hati walaupun sikit tu mesti ada kan :) kalau perempuan yang terjumpa dengan awek ex-love dia dulu mesti dia akan menjauhkan diri takpun terus buka langkah ribu kan ? tapi kalau lelaki, diorang masih bole berpura-pura berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku ?

kesimpulannya lelaki pandai berlakon tak seperti perempuan yang JUJUR Dengan diri sendiri HAHAHAHA :-p !!!!! 
ini hanya pendapat aku jeew, kalau ade yang tak puas hati sila lah buat blogger sendiri bagi pendapat korang sendiri yee :) hehehe

thanks for reading !! :)  






15 January 2013

uNtuk Awak


ketika awak menyakiti saya macam mana sekalipun, saya membuka lebar-2 pintu kemaafan untuk awak. ketika awak memerlukan doa seseorang untuk kebahagian awak, saya yang setia di hati dan mengingatkan awak pada setiap bisikan doa saya. dan saya sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan awak, awak tanya saya " kenapa awak terlalu baik dengan saya '' saya menjawap " ALLAH, DIA, telah temukan saya dengan awak, Ciptakan saya dengan awak, untuk saling bergantungan dan saling memerlukan, saling berkasih sayang dan saya tetap sayang awak walau ape oun yang terjadi :)

saya tahu, satu hari nanti akan tiba saatnya, jasad kita akan lebih jauh daripada sekarang, dan saya tahu saat itu saya akan lebih rindu kan awak daripada sekarang, kalau lah saya boleh putarkan masa, saya taknak awak sayang kan saya, sebab saya taknak tengok awak sedih terkenangkan kita yang jauh setiap kali saya kata rindu, sebab saya taknak awak serba salah bila setiap kali saya perlukan awak, awak tak boleh ada dekat saya, ada untuk saya, sebab saya taknak hati awak turut menangis bila awak dengar titisan sendu saya, sebab .... SAYANG kan awak 


kita memang selalu jauh tapi awak tetap dekat dengan saya sebab awak ada dalam hati saya, tak kira lah kat mana pun awak ada <3 








26 December 2012

SaHaBaT ^_^

                                   

                                             ASSALAMUALAIKUM :)

hay lama rasanya aku tak update blog aku nie, ape khabar semua sihat semua, terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan aku sehingga kini, *perasaan jab * :-p hehe.. okey lah kali nie aku nak cerita ckt tentang sahabat nie, hehe  tak sibuk sebab semua keje baru je aku siapkan.. so pada petang n rasa boring tak salah aku ungkapkan cerita tentang sahabat :) :-p 
                                              
                                     Nilai persahabatan sukar untuk ditafsirkan :)
                      sukar untuk mendapat sahabat yang betul-2 tahu erti sahabatan.. 
                sering kita lihat sahabat yang sanggup memburukan sahabatnya yang lain 
                                 demi menjaga nama baiknya sendiri di mata orang lain..
                                                                    
                                                             nice song :) 
                        jom nyanyi lagu dari najwa Latif, syam kamarul dan sleeq



Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syam Kamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq]
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syam Kamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku