24 June 2012

Pesanan Buat Imamku dan juga Pesanan buat Diriku :)

Nasihat nie untuk semuanya
untuk mereka yang sudah memiliki arah
untuk mereka yang belum memiliki arah 
dan untuk mereka yang tidak memiliki arah
nasihat ini untuk semuanya 
semua yang menginginkan kebaikan juga kebahagian 

nikah itu ibadah
nikah itu suci 
ingat itu 
memang nikah itu bole saja kerana harta
atau kerana keturunan dan kerana agama
jangan kita jadikan harta dan keturunan mahupun kecantikan sebagai alasan
kerana semua itu akan menyebabkan kehilangan bahagia
jadikan agama sebagai alasan
sebab kita akan mendapatkan kebahagian

betul
keluarga terbentuk kerana cinta
namun
jika cinta kau dijadikan sebagai landasan
keluargamu akan rapuh dan mudah hancur
jadikan lah " ALLAH " sebagai landasan
kita akan selamat
tidak sahaja di dunia 
tetapi juga di akhirat
jadikan lah redha ALLAH sebagai tujuan 
mawaddah, sakinah dan rahmat akan tercapai

Buat Imamku
jangan kau menginginkan menjadi raja dalam "istanamu" 
disambut isteri ketika datang dilayani segala keperluan
jika ini kau lakukan " istanamu" tidak akn kekal

Pesan pada diri
jangan kau menginggingkan menjadi ratu dalam "istanamu"
disayangi. dimanja dan dilayani oleh suami
terpenuhi ape yang menjadi keinginanmu
jika ini kau lakukan "istanamu" akan menjadi neraka bagimu

Buat Imamku
jangan kau terlalu cinta akan isterimu
jangan terlalu menuruti isterimu
jika itu kau lakukan 
kau tidak akn dapat melihat yang hitam dan yang putih
tidak akan dapat melihat yang salah dan betul

Buat Imamku 
tegaslah terhadap isterimu
dengan cinmu ajak isterimu kepada ALLAH 
jangan biarkan dia dengan kehendaknya
didiklaj isterimu
"jadikan dia Hajar yang setia pada Ibrahim
jadikan dia Maryam yang pandai menjaga kehormatan
jadikan dia Khadijah yang selalu mendampingi Rasulullah" 
isterimu adalah tanggungjawabmu
jangan kau larang mereka taat kepada ALLAH
biarkan mereka menjadi isteri yang solehah
jangan kau belenggu mereka dengan Egomu

Pesan pada diri
" jika kau menjadi isteri
jangan kau paksa suamimu menurutimu
jangan kau pakse suamimu langgar ALLAH
siapkan dirimu menjadi Hajar
siapkan dirimu menjadi Maryam
siapkan dirimu menjadi Khadijah
jangan kau usik suamimu dengan rengekanmu
jangan kau usik suamimu dengan tangisanmu
jika itu kau lakukan
cintanya terhadapmu akan memaksanya menjadi penderhaka
jangan ...................................... !!!!!!!!!!!


bahagia bukan pilihan namun mesti kita ciptakan
bahagia dan kesedihan hanya berbeza denagn cara kita berfikir sahaja
kusapa dengan senyuman yang paling manis ^___________________^







3 comments: